Friday, 28 January 2011

Amal Satu (Entry First Love)

 1. gambar

hailoh....aku mana ada gambar dia..masa dulu pakai handset butterfly cikai je....camera pun yg filem uh..mcm mana nak snap-snap picture..

2.first love tu masa

ermm, jap aku rewind balik...masa tu form1...umur 13 tahun dia pulak 17 tahun..ex senior masa sekolah rendah..dia ni anak murid my mom...kiranya mak aku kenal la siapa first love aku..cuma xtau yg aku suka dia..sebelum dan selepas umur tu ade je suka or "bercinta" or couple dgn org lain tapi xrasa mcm dengan dia.. kira dia la yg aku ingat sampai skrg..and first love kot. aku xpernah nak cerita dengan org pasal dia..sebab entahla...aku sayang dia...

3. keistimewaan dia dan mcm mana boleh suka.

ermm..keistimewaan..macam-macam yang istimewa kot...dia sangat serius orangnya, baik hati, bertimbangrasa, pandai main yoyo, suka berniaga dan jenis yang tak mudah putus asa..dia xtinggi sangat..standard je..xcomel...tapi muka sweet..rambut pacak tapi suka pakai cap.

macam mana boleh jumpa?
err..dulu zaman lepak...aku couple dgn adam...dia ajak pergi lepak tempat dia..kira kat taman tu tempat clan kitaorg lah...ramai je main basket dekat situ...yg lain pulak belajar ke...so, aku join budak-budak yg study tu...arif dan xiao lian..mereka kawan study yg baik...

tiba-tiba...nampak ada seorang mamat...dia tengah main yoyo.. org panggil dia aboy.. Memandangkan aku memg minat bab yoyo ni aku pun berkawan la dengan dia..dia memg pandai buat trick-trick yoyo ni..kami kawan mcm biasa je..sampai la abis upsr..lepas tu aku masuk asrama dah.. masa tu still couple dgn adam... dah xde ingat pasal aboy tu..mana la tau jumpa si azzam yg aku minat gila nak mati masa zaman sekolah rendah dulu kat sis ni haa....belum lagi krisis dengan asna lagi...so kira aboy memg xde la dlm hati aku...

nak dijadikan cerita aku keluar dari asrama..aku kembali ke wilayah tu..dan dia masih disitu..tahun ni dia spm..dia je yg faham dengan minat-minat luar biasa aku...suka main yoyo..lepak pakai baju kurung..minat dekat vanessa mae..komik dan layan lagu zaman hitam putih...agak-agak ada ke lelaki macam tu lagi sekarang?? dia xpernah nak marah ke nak kritik ke...dia pendengar yang baik..Selalu dia bayarkan komik yang aku nak beli...kadang-kadang dia servis yoyo aku..siap belikan bahan-bahan penjagaan yoyo tu....sorry la ye..kisah aku ni memglah pelik sikit...saling suka antara satu sama lain dangan perantara yoyo...lagi satu...kami paling suka White Chocolate Macadamia dari secret recipe!!!

oh ye..dia cakap dia suka aku sebab aku je pompuan yg suka tengok dia main yoyo..dan dia xpernah jumpa minah pakai baju kurung dengan kasut sport gedabak!! hahhaha~~

lepas sebulan jumpa balik tu...aku tanya dia..
"bro, boleh tau nama betul?"
"asal? nama aboy xsedap"
"hee...xminat nama tu." sambil aku tersengih mcm kerang busuk.
"Amal Bahrin b. Yusof."
"ooo...kalau panggil abang amal boleh?"
"apa kata panggil abang je..xpun baby??you ke??abang xsuka nama abang sangat"
"selama ni memg org panggil bro...abang la tu "
"memgla bro tu abang...tapi panggilan abang kan lagi best"
"oohh~mcm tu eh"

dan sejak tu memgla rapat je dengan dia...walaupun dlm masa yg sama aku asyik kaple-putus-kaple balik dengan adam...ala..dengan adam tu bila-bila masa je kot nak putus-kaple balik...nak-nak si amal ni kawan baik adam..tapi dia selamba badak je kadang-kadang panggil aku honey ke..yang ke.. apa2 yg sewaktu dgn nya..maybe sebab dia tau aku dengan adam xserius.

4. kenangan paling manis

kenangan paling manis....ermm..masa tu hujan...aku stuck dekat satu kedai runcit ni...tengah fikir..nak call ayah ke tak..tiba-tiba dia call tanya kat mana...aku pun ngaku jela tgah berteduh dekat kedai runcit Pak H****...rumah dia dekat je dengan kedai runcit tu...ada la dalam lima minit lepas tu dia sampai kat situ...masa tu dah call ayah..ayah kata lagi 20 minit ayah sampai..

"you datang kenapa?"
"nak teman you...kesian tunggu sorang-sorang"
"kan abang ada tuisyen malam ni..balik la..nanti demam"
"xpela..kalau u demam i susah hati..nak aiskrim??"
"jagung.."

dan dia bagi jaket dia kat aku..pastu pergi dlm kedai belikan aiskrim..aahhaha~sungguh rasa dia mcm sweet je masa tu...selalu dia strict je orgnya...aku pun xsuka lelaki yg terlebih gula..kalau sesekali tu okla....hari tu dia memg sweet semacam...

"makan sorg je?"
"lah..you nak ke?nape xbeli lagi satu.."
"ingat tadi nak kongsi dgn you la..tapi you makan sorg je"
tau tak aku dah malu gila masa tu...agak-agaknye laki spesies dia dgn adam memg suka makan dan minum kongsi kot...
"abang ni...cakapla awal...dah tinggal separuh je..nah makan..sejuk lagipun..habiskan"
dia pun tersenyum je.. "ok suap"
"eee gedik tau you.."

5. kenangan paling pahit
kenangan paling pahit....ermm...dia pecahkan yoyo dia sampai berderai isi-isi yoyo tu depan aku... masa tu kitaorg berpisah..seminggu lepas kitaorg kaple..dia baru abis spm.. satu hari kitaorg jumpa.. dia cakap abang dia nak ajak dia duduk singapore...nak dia sambung study kat situ.lagipun dia anak bongsu.. dia serba salah nak pindah atau tak..

"you..kalau abang xnak pindah ok tak?"
"pindah jela..untuk kebaikan abang jugak"
"tapi abang xnak tinggalkan kawasan ni"
"kena juga..you kena fikir masa depan tu"
"nanti you mcm mana..? nanti I xde dah kat sini"
"xpe I xkisah"
"xkisah...xkisah..you tipu!!"
"xtipu..betul xkisah"
"tak..you tipu"

pastu dia bangun dan baling yoyo tu dekat jalan...pastu dia berlalu pergi...air mata dah menitik je.. tapi aku xnak halang dia..sebab aku yakin aku perlu lepaskan dia sepenuhnya..

6. tema lagu percintaan

neil sedaka~you meant everything to me.

sungguh kitaorg suka lagu tu...selalu je nyanyi sama-sama...yang.. i miss the old time..sungguh.. dulu asna gelak bila aku cakap aku suka lagu tu..lantak arr~janji kita suka kan abang..



7.masih kekal atau berakhir.

dah berakhir la kot...hahaha...entah..aku serah pada jodoh..who knows~~

8.korang boleh lupa atau sayang dia lagi?

sejujurnya xboleh lupa...gila ke?? semua ex aku ingat tau..nak-nak first love..ahhhahaa~~ sayang.. tak kot..dah xde rasa cinta dah..biasa-biasa je...