First of all..finally!!! aku berjaya jugak mula menaip. Ya Allah malasnya nak mula kalau nak tau.. Momentum menaip dah lari gila-gila hihihi...
Our Story Might Be Weird. Might Be Ugly. But This Is Our Story. You Might Think I Choose The Wrong Person. And I Think So Babe. However, I'm Happy With The Choice. For That Moment. Cheers~
P-R-E-C-A-U-T-I-O-N
Entry ni mungkin akan jadi panjang. panjang la kot. So, pada yg request nak baca entry ni padan muka la kan.. hahahaha~~ hah ko baca la puas-puas. Memandangkan kita baru nak bermula, untuk part 1 neh aku bagi kau cerita yang sweet-suwet manis sikit la kan... permulaan yg happy..wakakakaka~~~ bagi kau mukadimah la sikit ehhh... ala pendek je. baca ekk...
How did we started?
Aku dan dia just classmate. Cakap bila perlu. Tempat baru, semangat baru... aku jadi clumsy. Disebabkan aku selalu je tinggalkan fail merata tempat. dan manusia bernama Fahmy Asraf tak pernah lupa dan merungut untuk ambil,simpan dan pulangkan fail tu pada aku. Since then, kitaorg ada no phone masing-masing. makin lama makin kerap contact. Setiap hari kitaorg akan mesej. Mula-mula pasal hal kelas,kuliah.... Lama-lama dah benda pasal kehidupan...yang takde faedah la kan...ha.ha.ha.
Drpd panggilan formal. Dah beralih pada panggilan manja. ha haha. normal je la kan. In fact, kitaorg jadi macam ni sebab aku nak lupakan hanif dan fahmy nak lupakan zana... Dalam erti kata lain we use each other to ease the ache of broken heart... Lumrah la bila lelaki dan perempuan tu jadi besfren...sangat-sangat rapat mesti akan ada seorang yg akan jatuh. Dan aku percaya aku yang jatuh. Dan dia sekali. hee~
Siapa FA?
Hurmm, let me introduce him sikit.
Nama diberi Mohd Fahmy Asraf Muhd Hussain.
Orang Kuala Berang, Terengganu.
Physically rendah. haha. ex aku semua tinggi ok yang paling rendah pun sama tinggi dgn aku.
He was a smoker and I believe dia xberhenti lagi sepenuhnya. aku xsuka org yg merokok.
Stylo babe. haha mesti org tak caye dia ni org hulu. hulu terengganu. Sungguh pedalaman.
Sensitif. Ni paling aku benci...erkkk cepaaatttt sangat sentapp!
Manja macam hape je. sampai Azim classmate panggil dia baby.
like seriously, nothing about him yang menepati citarasa aku la kan. So macam mana boleh jatuh? Sebab tu soal hati dan perasaan tak boleh nak kawal.
Aku memang nak main-main je tapi last-last aku tergolek dah. Menyesal weh main-main.... Konon byk pengalaman la sebelum ni tapi bila je seorang manusia pernah katam pasal hal hati dan perasaan? Pengajaran kat sini, jangan pernah main-main sebab benda ni bukan benda yg boleh dibuat main...
The sweet act~
ngeeheeee~memandangkan aku pernah janji nak story kat kau zaty... aku tulis pasal kitaorg kat cameron eyh? bole la? ok mesti boleh punya. Ape je yg zaty boleh cakap selain, "I love all the fact about you,sis". Kan? betul kan? kita consider betul.
3 Feb 2012.
Semua org dah excited tahap gaban la kan sebab dapat jugak pergi melancong selepas minggu exam yg xbest tuh... Rasa macam lega sebab sebagai presiden kelab berjaya jugak. Ni pun atas kerjasama semua org yang susah payah cari dana buat order and deliveries dan jual tart buah dari bilik ke bilik dalam 3 minggu kot. Dapat la tampung perbelanjaan. Ringankan beban terutamanya mereka yang susah dari segi kewangan.
Roti dengan air mineral exco makanan dah beli. ubat Deela dgn Fahmy dah sediakan. Aku dgn yuyu as naib presiden kelab dah boleh tarik nafas lega. Semuanya berjalan dgn lancar walaupun ada few masalah. Masalah tu biarlah kitaorg ajk tertinggi je tau. Asalkan org lain enjoy the trip kitaorg dah ok. Dahla midsem aku hancur sebab busy dgn benda-benda ni. sabar je la hati...
Dan tengah termenung tunggu order kat cafe B sambil dengar yuyu membebel aku teringat perbualan aku dengan Izzat..masa Sem 1.
********************************************************
Aku: Eh tak asal? pelik je Muhammad Izzat tanya soalan neh. Ko demam ke weh..
Izzat: oohh..tak la..bagusla kalau tak.. aku memang bantah habis-habisan la.
Aku: asal pulak? Eh ape kaitan pulak aku dengan fahmy yg kau nak bantah? ce citer sikit.
Izzat: Dengar, maybe aku akan jadi watak yg mcm jahat kat sini tapi he is no good for you. Kau tau kan background dia macam mana? bukan aku nak judge dia tapi.... Anis..ni matrik. Setahun je singkat. aku just taknak kau dgn dia lupa apa tujuan korg kat sini. dan percaya lah. Dia bukan lelaki yg sesuai. Aku jujur ni xnak simpan apa-apa dari kau. sebab aku dah anggap kau mcm adik aku. dan dia kawan aku.
aku diam sekejap...tak cakap apa-apa..sambil pandang muka Izzat tak beriak. Aku try terjemah,fahamkan apa yg abg ngah(dlm kelas dia mcm abg aku) aku ni cakap... aku rasa aku dapat point dia. lagipun aku rasa ijat ada syndrome terlebih protective kot.
Izzat: kau marah ke?
Aku: Tak. tapi terkejut kau serang aku tiba-tiba weh. Jangan risau sebab aku xpernah fikir nak couple dengan dia. dan Ijat, thanks ingatkan aku. Btw, apa yang buat kau cakap dgn aku pasal benda ni sekarang?
Izzat: I heard from Muhammad yang Fahmy ada plan nak move on dgn kau. Tapi aku tak rasa mcm benda ni sihat untuk kau. Aku tak kisah korg nak rapat macam mana tapi aku just taknak korg terikat dekat matrik ni. Habis matrik kalau jodoh ada It's korang punya call I guess.
Aku: insyaallah tak..dan aku tau kau just nak yg terbaik untuk kitaorg.
Dan aku dengar cerita daripada Mamat yang Ijat macam cakap something dekat fahmy pasal kitaorg. Dan aku dengar fahmy mcm xpuas hati tapi xboleh nak cakap apa sebab alasan Ijat dia nak kitaorg fokus dgn study. *dan ijat of coz guna mandat dia sbg abang dan protector aku dkt sini ntk matikan niat fahmy nak move on tu*
like seriously, izzat watak putih..jgn anggap dia pemusnah hubungan ke apa. sebab aku boleh nampak main point dia. kalau aku di tempat dia n myn contohnya di tempat aku..aku memg akan bantah la buat hubungan dgn manusia bernama Fahmy Asraf yg mcm alien tu.
Mira sampai dekat cafe..tersedar aku dr lamunan... Order pun da siap masa untuk makan. Fahmy call. Dia baru nak kemas baju. Dan dia tanya seluar jeans bole bawak ke? baju berapa...cek apa lagi xbawak. Sungguh la dia sangat manja dan mengada sebab semua benda pun aku kena tau. kena pesan. dah macam mak dia pun ada.
Petang, bas bertolak lepas tu sampai dekat I-city. Eh eh cantik taw. Kalau aku nak dating sure aku nak spend time kat sini... haharghhhh~ Ok aku berbelah bagi nak jalan dengan kawan or hubby. kawan-hubby-kawan-hubby. ok memandgkan takde perancangan so kawan yg menang. Lagi satu..I promised Izzat already nak jaga hubungan kiatorg-i mean make some gap.ye la lagipun dah tiba-tiba je kitaorg terpisah. jalan-jalan pastu makan KFC. Eh eh hubby dgn Izzat pun makan KFC jugak. Ala pandang-pandang pulak ingat kau hensem ar?
Pastu main Pirate's Ship. Sumpah pening.
hehe...ingat nak naik Roda Ferris dengan hubby tapi xsempat.... Snow walk pun xsempat. Eh eh rasa rugi jugak sebab xdpt jalan dgn hubby berdua kat sini. tapi kan, kena fair dgn kawan-kawan jugak. lagipun dah janji dengan Myn aku xkan tinggalkan dia. huhuhu....
Tapi lepas tu....hubby call. Dua kali baru aku angkat. Dia dah moody, tension sebab izzat asyik hilang dan tinggalkan dia sorang-sorang. lepas tu tanya aku kat mana tak kira nak jugak jalan sama dengan aku kalau tak dia nak merajuk.
SEE ! he acts like a girl. Most of the time dan aku lak yg jadi lelaki. ok then we met, dia dah pandang-pandang aku muka mcm mintak pujuk.Hello! bukan salah aku la kan kau moody! Eh eh aku tension dapat hubby mengada taw. Budak-budak ni tolak aku suruh pergi hepikan diri dia... .Kebetulan aku ada beli lastik lampu-lampu. ha-ha-ha. Guess what Fahmy sangat teruja dapat main benda tu sampai mood dia jadi baik.. betul la dia ni macam budak. Senang moody senang nak pujuk.
Sejam lagi nak pukul 12 malam. bas dah nak gerak ke Cameron. dan aku harap semua benda jadi baik.
4 Feb 2012
Tepat 12 mlm. satu bas nyanyikan aku lagu Happy Birthday... terharu seyh... Sungguh.. Lepas tu banyak la mesej masuk. termasuk mesej zaty.. haha... mestila zaty xlupa befday aku. Aku je yg selalu lambat wish kat dia..hehe *mintak ampun mintak maap* aku sayang kaw. *aku tau kau maafkan aku...hahaha
Omaigadddddd~zaty penat la aku....penat taw aku taip-taip..kesian kat aku. lambat sikit aku taip... ye la nak bagi kau penat baca... Muntah-muntah pun ko baca je la...
Kau rasa apa je yg Fahmy bg ucapan kat aku....Nak tau..Sila kecewa sebab...Dlm mesej dia just cakap.....
Fahmy: hepi bfdy..
Aku: tu je? bagi la ucapan panjang sikit.
Fahmy: Selamat hari jadi. Selamat hari lahir. happy Birthday. hehe ok tak? ala tak tau la bagi-bagi ucapan ni
Aku: =.=! bolehla.
ala...kalau typical pompuan mesti gila kecewa arghh hubby mesej tu je... kan? tapi disebabkan yg bagi mesej tu manusia bernama Fahmy Asraf.... I can't expect more than that larh...coz he is my hubby. I know him and I love it. Ye la kalau nak diikutkan dari sudut pro, mesti kalau dgn awek-awek dulu pun dia macam ni. haha setau aku dia pernah serius dengan seorang je sebelum ni..yang lain-lain tu semua main-main je.
so kalau dia kahwin dengan aku....(berangan je..ntah pape) , dia mesti jadi hubby yg tak romantik lansung... dan Aquarius yg macam aku ni pun bukan la jenis yg demand nak org romantik sangat.... senang cerita apa yang aku nak...aku kena cakap... sebab dia bukan jenis yang boleh bagi kejutan. Apa yang kau suruh dia akan buat.....itu pun kalau org tu penting dalam hidup dia.
believe me, most of kawan-kawan kat matrik yang tau pasal kami...semua cakap kitaorg tak romantik lansung macam robot dengan patung..haharghhh ada kitaorg kisah??? lgpun kalau benda mcm kenyataan buat apa nak pertikaikan..aku just senyum dan teruskan hidup... lagipun we are not couple aite?
Sebelum tidur, aku berdoa lagi yang hari lahir yang ke-19 ni akan jadi yang indah dan aku dpt kenang selama-lamanya. It was a short night. Singgah dekat R n R tapah dlm pukul 2pg kot.. beli keronsang dengan dak mak (rumate deela) mcm nak gila... Dak mak bukan boleh nampak keronsang or apa2 yg comel dan boleh mencantikkan diri. gila fesyen. she even call benda - benda tu semua *barang ketak-ketik*.
Pagi. sampai dekat brinchang. Semua muka pucat je turun dari bas singgah dekat masjid. Ok semua pun dah siap-siap basuh muka dan solat subuh sekali. kitaorg plan stay sampai dlm pukul 7 lebih kot kat situ. Lepas je solat semua org keluar dari kawasan masjid dan complain... sejuk-sejuk-sejuk. tu la sapa kate Cameron tak sejuk? memang tipu la kan....
Tiba-tiba manusia bernama hubby tu datang kedek-kedek kat aku..olala dia kan rendah so memg mcm kartun je comel sangat tgok dia jalan. Dengan muka yg tak berapa nak senonoh tu sengih-sengih pastu tanya.
Fahmy: beg kau kosong tak? *sambil pandang sling bag aku*
Aku: xlah kosong tapi boleh je nak isi barang. kenapa?
Fahmy: tolong simpankan ni *Sambil tunjuk something kat aku* takkan nak bagi yang ni hadiah hari jadi kan? aku dah pakai. Ko simpankan ek?
Aku dengan muka tercengang..buat muka geli...
Fahmy: ala tumpang ar kejap... *senyum lagi mintak penyepak agaknya....
ya Allah..dalam hati dah menyumpah pun ada. apa sewel sangat manusia ni. dan kenapa la aku jatuh hati dekat alien ni. memandangkan dia buat muka kesian dan dah hulur benda tu kat aku..aku pegang jugak la benda tu dan simpan dalam beg. eh.mesti kau nak tau ape benda tu kan? teka la? teka ekkk...
*berus gigi*
Fahmy: ko pakai ke benda tu yg pink tu...buat apa bawak sampai 2pasang.
Aku: Saja bawak in case sejuk. Asal?nak pakai?
Fahmy: Tak ahh *buat muka pelik nak mintak penyepak lagi sekali..
pastu mak dgn kirara kot pinjam handsock tu sebab sejuk... dlm several minutes tiba-tiba aku nampak hubby lorat tu dah mengada-ngada pakai benda tu...taknak pakai konon pastu dia yg lebih-lebih... macam kanak-kanak tak matang. Masa tu aku terfikir, kenapalah aku ni bercinta dengan org yg tak matang ni....
after that kitaorg singgah Rose Valley. Ini pun tempat fav la kalau nak gi date. Memandangkan aku cuba bersikap fair aku rasa nak spend time dgn hubby pulak dekat Rose valley ni. masa masuk mula-mula dengan budak-budak pompuan tapi lepas tu dah hubby buat pandangan membunuh aku pun ikut je la hubby yg rendang tu *seronok tau mengata dia* jalan-jalan. Mula-mula bertiga dengan Izzat *biasalah protector terhormat* tapi lepas tu dia bagi space untuk kitaorg. tengah syiok syiok spend masa berdua tiba-tiba muncul 3 manusia. deela.mira.kirara. dan tetiba je join aku dengan fahmy. eh kitaorg dah elak-elak nak lari pun xboleh. Xkan nak halau pulak kan... Kirara je faham waktu ni dan memg tak boleh nak buat apa la kan mira dengan dila xfaham keadaan.
Keluar dari Rose Valley...perut dah lapar sikit...fahmy tanya lapar ke? pastu ada la setakat gerai jual aiskrim dengan makanan rebus. Dia belikanlah keledek rebus. Sarapan haha...apesal la aku rasa tak normal je bercinta dgn si Fahmy ni....lepas tu yuyu *anak kitaorg*, pelawa mak dan ayah dia makan ubi rebus. memg akan sakit perut la makan benda pelik-pelik buat sarapan. Makan ubi rebus tu pulak main suap-suap bagai.Macam segan pulak depan budak-budak ni tapi fahmy buat muka seposen je. Dan aku perasan yg dia memg suka makan kongsi dengan aku. Sebab sebelum ni pun aku makan mee ke nasi ke kalau tak habis boleh je dia sambung makan guna sudu sama. Ala untuk org bercinta memg mcm xde ape kan? tapi ntk org mcm aku yg agak alim tapi xalim sangat ni...pelik la kan...Pastu dalam bas kan, Inche Azman bagi aku bunga ros 9 kuntum jahhhh~ tersedakkkk aku....
Ok. memang la aku ni hopeless romantik. Bunga? not in my list. Tapi aku xkisah je. suka jugakla...
Lepas tu singgah bee farm. Check in hotel.
Petang. nothing much...jalan-jalan kat tanah rata. Aku hampir gaduh la dgn Fahmy sebab insiden bodoh-bodoh. Tapi mujurlah kirara banyak selamatkan keadaan...
yang ni aku punya.lagi satu pada fahmy
Malam..eh eh tiba-tiba dia mesej.
"weh sayang malam ni ko siap-siap ar dlm pukul 8.30 mlm"
"okey.aku bawak kirara je"
"aku dgn ijat" *mcm la dia ada pilihan lain selain ijat*
"jumpa nanti"
"ye.jgn muncul ramai-ramai pulak"
"baik dear"
"ok"
kalau la cerita aku ni jadikan novel kisah cinta romantik, mesti org menyumpah je baca. ha ha ha. xromantik lansung. macam bengong je.nak buat mcm mana...memg style kitaorg date msj mcm tu hape. tak pasal-pasal kirara n ijat jadi mangsa double date haha.
Masa kat pasar malam tu kitaorg round satu pasar malam tu. perghhh manusia jgn cakap la...memg mcm tin sardin mlm tu..dah la siap kantoi dgn inche azman kitaorg buat double date... hahaha... ada dia kesah? dan dia cakap dengan aku...
"aku tak tau nak bagi kau ape? bantal? baju? semua macam xbest je..."
"entah...ape je seyh aku nak mintak kaw?"
"aku bukan taknak beli awal tapi memang aku buntu xtau nak beli apa"
*buntu la sangat...alien punya budak..memang la lelaki jenis ape mamat neh*
jalan-jalan lagi....
"haaa! yang tu...selendang tu aku suka. kau nak?"
"kau nak bagi, aku terima je"
"aku suka...aku bagi kau yg ni"
dia pun dgn gembiranya beli benda tu. walaupun aku mcm xde perasaan kat selendang tu aku terima jela. dah benda tu yg dia fikir nak bagi. aku lagi suka terima benda yg org ikhlas nak bg dr benda yg aku mintak... so aku appreciate benda tu..eh eh nampak bunga ros... bunga ros xkembang. mak cik yg jual tu kata bunga ros tu tahan 2 tahun... aku macam teruja la kan..sebab selalu bunga xtahan... tetiba yg ni tahan 2tahun..dah la aku berhenti je dekat situ. Fahmy dah pelik,
"Jom gerak..."
aku wat bodo lagi...
"kenapa? nak beli?"
"Fahmy nak bunga"
"Bunga? kau main ke benda bunga-bunga neh"
"Oh tak la..tapi aku nak jugak"
"Aku belikan?"
"Yes!"
*hidup lagi walaupun xcantik mcm masa baru beli*
Dengan muka yg mcm terpaksa tu dia belikan jugak aku bunga tu. dan aku puas hati sangat hahaha.. bukan selalu dapat ketuk Fahmy Asraf. Kat kelas selalu Iffan yang belanja aku. Sebab aku ni adik kesayangan Iffan so iffan akan bagi apa je apa yang aku nak...so aku tak heran nak suruh org lain belanja. Sebab iffan ada. Lepas tu kitaorg plan nak beli makanan.. split kejap kitaorg dua org je,pastu ijat dgn kirara. Dah beli makanan tunggu la ijat dgn kirara. Dekat tengah-tengah org ramai. Tiba-tiba kan...
Aku rasa kaku. beku. tertelan air liur. sebab.
Dia pegang tangan aku. It's a big deal la kan. Bukan la first time dia pegang tangan aku. mamat ni memg pantang je nampak tangan memg nak sentuh. dan tiap kali tu la aku akan marah kat dia...jangan pegang pegang..tapi yang kali ni bukan macam biasa la...dia genggam, aku pandang dia. Dia muka serius. Pelik sebab sebelum-sebelum ni mesti dia sengih pastu aku marah. tapi kali ni dia muka serius aku pulak diam.
Lepas tu Ijat datang dan auto la kan tangan aku free dari tangan dia... nak mati ke kena belasah dengan silat gayung dak ijat? tak pun tazkirah free kitaorg dapat nanti sepanjang "honeymoon" neh. Aku ni xla alim sangat tapi aku ni ol skool jugak.... lepas tu aku mcm letih la... cakap nak balik bilik. So dia temankan aku dgn kirara balik bilik dan dia pun sambung round pasar malam dgn ijat. Dia belikan aku teh dgn asam-asam apa lagi entah. Aku tak kisah la asalkan dia bayar.. haha kejam aku. best taw befday masa melancong. semua org bagi je apa yg kau nak...semua org jadi mangsa aku...
tapi bak kata azim pun....fahmy tu dah cukup romantik la kan layan aku mcm tu..nak hrp dia layan org lain mcm tu? memg haram arghhh....tambah azim lagi..fahmy tu manusia pelik. ntah spesies apa pun dia tak tau. Azim sendiri pelik mcm mana aku bole handle dan faham fahmy tu. kat kelas tu aku sorg je yg mampu suruh fahmy buat apa-apa. kalau org lain, memg masuk telinga kiri keluar telinga kanan. silap-silap tak masuk lansung...
nak tido malam tu mesej dia.
"You, thanks taw. Sorry arghh ketuk kaw teruk-teruk"
"It's ok. hadiah befday. Suka tak?"
"haha bunga tu suka la...walaupun mcm xsesuai sgt"
"setahun sekali je huhu"
"Yer tau...tak tido ke"
"Awal lagi ni tgh tgok terminator"
"Kitaorg pun layan tv2 neh. yg lain dah balik bilik?"
" Semua ada dah baru je balik"
"kitaorg dah tutup lampu"
"pergilah tido dulu"
"ok.gudnite.take care"
"ye.mimpikan aku"
last-last aku dapat tau dari mamat fahmy tido rupanya lagi awal dari aku..cehhh bajet tido lambat konon.
5 Feb 2012
Selamat pagi dunia. Berkunjung ke Bharat Tea plantation. hari ni memg kesah nak buat bonding dgn gegurls je la..... minum teh sambil nikmati sarapan... malas nak turun ladang teh biar je budak-budak ni turun. Okay pastu time to go home... Aku memg alergik turun naik gunung mesti akan muntah. so aku tidur je la sepanjang turun gunung.
elok sampai R n R Tapah tu aku terkejut. haharghh guess what....rupanya Fahmy dah muntah 2 kali masa turun cameron highland tu... selamat dah semua org turun...aku tunggu dia jap dalam bas... Dia dah exhausted sangat mcm org nak pitam je aku tgok... dia suruh aku tunggu kejap. lepas tu aku suruh dia gerak perlahan-lahan pergi solat pastu rehat balik... risau la jugak tgok dia sakit...
Susah hati taw...dah la dia tu kecik je...
ok..dipendekkan cerita...kami selamat pulang...nak cter detail memg giler bapak sampai esok malam pun xhabis taip..mati aku taw...
p/s: selendang yg dia belikan aku tu dia tak bagi aku terus. dia cakap dia nak pakai dulu nak mandrem aku.. Dan azim cakap memg fahmy bawak tido benda tu sambil pakai..pastu bagi kat aku... erkkkk... mcm la aku tak rasa pelik kan? aku yg poyo or si fahmy tu memg pelik? ke kitaorg memg tak normal? eh ek entahla...
balik dari cameron iffan tanye...
"korang behave tak kat sana?"
haha dan aku gelak je...
tamatla serba sedikit tentang aku dan dia... erkk tapi ada sambungan la...sambungan yang tak sweet. haha sweet aku pun mcm tawar je rasa... will be continued.

