Alhamdulillah, barely finished my second semester. Hahaha rasa sangat lega dan bersyukur masih mampu bernafas. Walaupun dah start cuti semester tapi xfree sangat pun. Sebab ada je paperwork yg xsiap lagi. Due date 30 hb.
Mengenang balik sem dua yg agak panjang ni, mcm xpercaya aku xpengsan ke mcm mana tapi kan... Bayangkanlah hampir setiap malam aku akan ada meeting, gerak kerja, discussion yada yadaaa. Memg xdpt dok kat kolej study. Phewww....
Ehemmm....kat blog ni xyah nak cter pasal study sgtlah....skema kot... Yeah, sbnrnya aku dah buat vow dgn yasmin yg aku xkan ada serius relationship at least sampai sem 4. Sebab nak fokus study dan rawat hati. Yeahhh mungkin hati rasa penat nak sayang org lain dan nak mula belajar sayang diri sendiri.
Sem dua ni dugaan memg byk sgt. Ya Rabbi...mengapa harus begini? pernah hati ni terdetik begitu.... ahhh biasalah Allah nak duga kita. Nak lihat sejauh mana jihad kita nak lawan nafsu tu. yang dah terang-terangan aku sendiri isytihar nak rest sampai sem4.
First :
Ku kenalkan beliau. Ahmad Fikrul Hakim. Haaa soleh xsoleh nama? kahkah ehhh napa dia yg pertama? xpelahhh ada ku kesah.... Basically he is my Exco dekat kolej. Aku ni ahli unit je. Nak dijadikan cerita nama aku ni selalu je naik utk jadi ajk/sekretariat. Tak kisah tapi kalau dah selalu tu fed up la jugak. Selidik punya selidik rupanya senior bertuah ni yang rajin highlight nama aku. Well, I know some female exco dan diaorg sah kan memg bro ni yg suka sgt libatkan aku. Mula-mula aku fikir dia saja je kot nak buli aku. Lantaklah malas nak fikir.
![]() |
| Okay he is the front one...with specs. currently finished six semester in upsi. |
Tapi kan...dia suka tau pandang aku senyum. Banyak kali weyyy...bukan aku yg perasan sorg. Kalau tiga org member kau dah tegur...memg sah beliau usha pandg aku. Tak gitu. Ada sekali tu dekat sejam la jugak dia pandang aku. masa tu majlis penghargaan kolej pastu aku dtg-makan-tgok persmbahan-balik. Sepanjg tu sumpah dia dok pandg aku. Naik malu tau...Yelah aku malu sbb dia tu memg org kenal jenis yg anti-sosial sikit, menjaga ikhtilat...tapi pndg aku tu apahal?
Dan minggu terakhir di kolej kunjung tiba, haaa dan Alhamdulillah aku dapat jadi Rakan Exco PDI. Walaupun aku rasa aku dpt jwtn tu by right, tapi aku dgr cerita Abg Fikrul yg bg sokongan penuh dan pastikan Najib *exco pdi baru* pilih aku. Dan hari terakhir aku di kolej beliau keluarkan status....
"Tadi petang ku ketemu wali si dia ....bunga yang menggetarkan jiwa. Sekembalinya aku tahun akan datang, kutuntut dikau menjadi bunga yg mekar indah dan bersedia sepenuhnya. InsyaAllah kujadikan kau yg halal untukku. Rabbuna Yusahhil."
Kebetulan petang tu ayah dan adik aku tumpang solat kat surau kolej. Ayah aku ada cakaplah borak dgn sorg student. Lepas je aku baca status beliau....aku terus tanya ayah siapa nama jejaka itu. Dan ayah cakap... "Ahmad Fikrul. rasanya dia kenal akak..sbb ayah sebut nama akak dia cakap akak sem2....ayah iya kan aja". Okeyy what should I do? Being me....I'm so shy...dan aku xkan berjumpa dgn dia sem depan sbb beliau praktikal masa tu.
Aku rasa pernah sekali je aku mesej dia kat fb sebab hal unit PDI. Dan pernah cakap 3kali je sbb masa tu event kolej atas urusan rasmi. Bukanlah aku anti or haters ke tapi mcm.....entahla...he is a nice guy...but i just don't know him. Ok maybe aku harus positif yg dia jumpa bapak org lain...jyeahhh~
Second :
Nama diberi Loqmanul Hakim bin Kamaruzaman. Senior sem 8. Sebenarnya aku usha beliau sejak aku nak masuk upsi. Yelaaa tetiba google jumpa blog beliau...kiranya aku memg pembaca setia blog dia la. Sedih gak sbb masa sem 1 beliau ni sem 7 tengah praktikal memg aku xkan dpt jumpa la. Nak dijadikan cerita, masa sem 2 terserempak dengan beliau dlm bas. Tapi jauh sgt...masa tu hati aku berdegup laju....ala-ala nak pecah gitu.....
Sampai ke sudah aku xdpt peluang nak tegur. Tak kan la nak jerit kot..buatnya salah org dahla selama ni stalk dekat blog je. Aku nekad kalau lg sekali aku jumpa dia aku nak tegur gak.....Dan beberapa minggu seterusnya aku terpaksa mendaftar minor utk sem depan. Memg turun naik Fakulti la kan. Memg dkt FPTV tu muka aku jela....Satu hari tu aku nak keluar dan pintu fakulti dibuka. Beliau masuk bersama Abg Uda. *Hebat aku sampai member dia pun aku cam*
Pehh masa tu aku pandg dia bersinar-sinar tau...mcm artis lalu dekat red carpet. Muka dah merah gila.... Dia borak jap dgn abg Uda sbb nak tunggu prof Zainal. Aku kumpulkan kekuatan yg ada...beliau dah nak melangkah keluar sbb prof lambat. Aku panggil beliau.
"Abang Loqman! Abang yg tulis blog tu kan? Major ISMP Sains Pertanian minor Biology". Senafas aku keluarkan ayat di atas. Ya Rabbi, malu gila masa tu tapi aku dah tak boleh patah balik. Lepas tu slow motion beliau dan abg uda berpaling ke belakang. "Haaa iyalah kot. Ada juga org baca blog tu." Senyum tujuh juta megawattttttt. Memang cair bak hanggggggg~~~~walaupun beliau xhensem mana tapi disebabkan beliau ialah idola di alam maya tetiba jumpa face to face.....lagu ni laaa jadinya fuhhhh....
Lepas tu borak-borak dan sebab masa dah suntuk beliau suruh add di facebook. Senang nak berurusan. Dan paling happy sbb dia nak bagi nota-nota beliau utk rujukan aku. Sepanjg sem dua ni memg beliau banyak bagi kata semangat dan bagi nota...sampai unjuran dan assignment masa praktikal pun dia bagi. Alhamdulillah rezeki beliau belum habis sem 8 dah dpt offer letter buat master dekat UK drpd 3 universiti...
Masa last day jumpa dia....dia cakap... "Anis kena kuat..saya dah takde kat sini dah. Saya sambung master setahun InsyaAllah sambung phd terus 2 tahun lg. Anis ada 3 tahun lagi nak habiskan degree. It's okay 3 tahun tak lama. Jangan kalah dengan saya." betul lah Jasin dgn Klebang tak jauh. Tapi bila org Jasin balik Proton City dan org Klebang fly ke Manchester...kami akan sangat jauh. Tipu kalau aku cakap hati aku ni xrasa pape. A bit...dan aku nak nangis dah masa tu. Beliau janji masa konvo sebelum fly, nak jumpa masa pesta konvo. InsyaAllah.
Third :
![]() |
| Oh yeahh calon suami yg boleh membanting tulang beginilah yg ku cari kahkah...tua 3thun satu bonus =] |
Astaghfirullah. Apahal ramai nau ni? Aku tak tahu kenapa....aku tak meminta jadi begini. Mungkin disebabkan hati ni xterikat pada seseorang dan tak kuat bergantung pd Tuhan yg satu...jadi begini. Nama beliau, Marwan bin Mazelan. Lebih dikenali sebagai Abg Uda. Oh yesss beliau ialah kawan baik Abg Loqman. Dan aku pun tak tahu mcm mana beliau boleh masuk dlm cerita hati ni. Kalau aku jumpa abg Loqman selalunya Abg uda ada sekali....
Aku suka cakap dgn dia sebab dia ni fluent in English. Sesekali speaking best gak...Dia agak peramah laaa... kalau panggil aku mesti Anis ataupun baby. Oh sbb dia slalu speaking xla pelik bila dengar dia sebut baby tu...kahkahkah....masa last perjumpaan utk Penilaian Akredititasi Fakulti tu aku dgn dia terlibat. Masa tu ada interview. tetiba dia suruh aku dok sebelah dia dan aku duduk jela sbb tmpat lain xde dahhh. Pastu dia byk back up aku la masa kena interviu tu. Masa tu aku dah terasa something la kat hati.
Alahhh biasalah....rasa tu kejap je beberapa minit je. Beliau ni pun dapat offer sama dgn Abg Loqman...memg sahabat sejati betul...So sebelum balik tu beliau mcm biasa bg kata-kata semangat dan.....
"Lagi tiga tahun abg dah habis phd. Anis nak sambung master ke lepas tu? Abg tak kisah tunggu setahun lagipun boleh je abg buat research terus masa Anis buat master nanti. Study bebetul, ada papa call je abg kat Manchester"
"Haaa?apa dia....jap" serius aku rasa susah nak hadam maksud ayat beliau yg tersurat tapi gua tak tau la ada yg tersirat ke tak......pening kepala aku..
"There's nothing to worry, just keep up the good work. Byebye baby and Assalamualaikum" dan dia berpaling lalu melangkah pergi.
Hati aku terusik lagi malam itu. Seriously.....I'm so sick. tahap kritikal dah hati ni.....apa kaitan aku nak buat master dan dia sanggup tunggu. Oke maybe dia nak jadi pengapit aku kot. *berangan jap..be positive lagi. nak mati dah asyik positif ja...
Fourth:
| Rasa mcm dah ada anak je bila jalan dgn mamat old school yg lagak mcm bapak org ni =] |
Hahahah dah dah....cukup-cukup....takde dah...ohh lupa nak cakap...Aku dgn anje...mcm dah jadi kwn biasa tak mcm masa sem satu rapat habis. Takpe lahhh aku pun lagi selesa mcm ni. Lagipun aku terlampau busy sampai xda masa nak borak dgn dia. Ada lah aku gi pasar malam berapa kali dgn dia. itu pun sbb kitaorg kebetulan ada kelas sama. So hari rabu petang adalah masa paling produktif utk aku bersama dia.
Cerita senior lain xyah la campur lagi haru-biru. Aku tau la UPSI ni Universiti Pertemuan Suami Isteri.... Redha jelahhhh.
Yang penting aku fokus pada study dan tanggungjwb yg bakal aku pikul sem depan. Aku tak pernah berjanji pada sesiapa. Kalau ada yg masuk minang tu InsyaAllah aku terima. Ehemmm. InsyaAllah aku boleh cope dgn keadaan kat sini dan kuatkan hati....
Okehh aku tau aku xberapa nak lawa..tak cun...tapi Mamat dgn Najwan ckp aku ada ciri-ciri isteri memahami. Kahkah okelah aku positif jugakla apa yg depa cakap. Semoga aku bertemu jodoh dgn lelaki yg mencari isteri bukan girlfren. Hensem xhensem blkg cerita yg penting apa yg ada dlm diri insan itu sendiri.
Ok. berhenti taip.....nak patah jari dah. k bye. Assalamualaikum.


